Tuesday, July 2, 2013

cara sambut ramadhan

ramadhan akan tiba tidak lama lagi maka kerinduan para mukmin padanya akan semakin
membuak-buak tapi BAGAIMANA CARA kita menyambutnya disini sebahagian daripada CARAnya
kepada para SAHABAT YANG tahu apa yang terkurang silalah beri komen


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2. Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3. Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7. Solat berjemaah setiap waktu.
8. Solat jemaah di masjid atau surau.
9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
10 Sahur diwaktu akhir.
11 Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12 Kurangkan tidur.
13 Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
14 Tunaikan Solat Dhuha.
15 Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
16 Tunaikan solat Rawatib.
17 Jaga pacaindera
18 Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
19 Hadiri majlis ilmu.
20 Buat baik pada ibubapa.
21 Isteri hendaklah taat pada suami.
22 Banyakkan bersedekah.
23 Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
24 Berbuka bersama orang tua.
25 Jemput tetamu berbuka.
26 Kurangkan berat badan.
27 Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
28 Baiki hubungan suami isteri.
29 Baiki hubungan jiran.
30 Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
31 Elakkan membazir.
32 Kuatkan kesabaran.
33 Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
34 Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
35 Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
36 Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
37 kurangkan hiburan
38 Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
39 Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
40 Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
41 Melazimkan solat waktu.
42 Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
43 Elakkan banyak berhutang.
44 Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
45 Tunaikan zakat fitrah.CARA SAMBUT RAMADHAN

No comments: