Friday, June 21, 2013

jerebu

jerebu Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. Indeks pencemaran Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut: Ipu Kualiti udara 0 - 50 Baik 51 - 100 Sederhana 101 - 200 Tidak sihat 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat Akibat kepada kesihatan Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada: • Kanak-kanak • Warga tua. • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain • Perokok Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah: • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat • Iritasi di mata serta mata yang merah • Kulit terasa gatal Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah: • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar • Kurangkan penggunaan kenderaan terutama motosikal • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah mandi • Banyakkan minum air • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

No comments: